Hakcipta  2011 © Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Negeri Melaka

PENAFIAN : Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Melaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi  dari laman ini.

# Paparan Terbaik Internet Explorer 7.0, serta boleh menggunakan  Firefox 3.6 , Google Chrome, Safari, Maxtor, Netscape, Opera 9.0 ke atas dengan Resolusi 1280 x 1024 pixel.

Hakcipta  2011 © Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Negeri Melaka
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi
Jayakan Perkhidmatan Berkualiti & Dinamik

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi

W3C
hubungikami

 ABC

 



 

Apakah Kebenaran Merancang?

Merupakan kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) iaitu kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan.

 

MAKSUD KEBENARAN MERANCANG MENGIKUT AKTA 172

1)Subseksyen 19(1)  memperuntukkan tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).

 

2)Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Mentafsirkan kebenaran merancang sebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.

 

3)Pada amnya ” kebenaran merancang ” adalah satu prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada PBPT untuk mendapat kelulusan sebelum memulakan sebarang pemajuan di atas tanah atau bangunan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 21A [Laporan Cadangan Pemajuan ( LCP)] dan seksyen 21B [Pelan Susunatur]

 

SIAPA YANG MEMBERIKAN KEBENARAN MERANCANG?

1)  Sesuatu kebenaran merancang diberi oleh PBPT bagi kawasan berkenaan

2) Bagi kawasan dalam sesuatu majlis Perbandaran / majlis daerah / majlis tempatan, kebenaran merancang dikeluarkan oleh PBT berkenaan yang merupakan PBPT kawasan berkenaan, di bawah subseksyen 5(1).

3) Bagi kawasan di luar sesebuah PBT, kebenaran merancang dikendalikan olehJabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri yang merupakan PBPT bagi kawasan di luar PBT,  di bawah subseksyen 5(2).

4) Keputusan oleh PBT lazimnya dibuat oleh mesyuarat penuh majlis perbandaran atau daerah berkenaan.

 

PERMOHONAN PERANCANGAN
Laman Utama
PENCAPAIAN