MELAKA, 31 Ogos – PLANMalaysia Melaka turut serta dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung penuh meriah di Klebang, hari ini.
Seramai 40 orang anggota PLANMalaysia Melaka menyertai perbarisan kontijen yang diketuai oleh Encik Mohd Arif bin Azman, Penolong Pegawai Perancang. Penyertaan ini mencerminkan semangat patriotisme serta sokongan padu warga jabatan terhadap sambutan Hari Kebangsaan.
Turut hadir memberikan sokongan ialah YBrs. TPr Sulaiman bin Mohammad, Pengarah PLANMalaysia Melaka, yang tampil menerima tabik hormat menyatakan penghargaan serta semangat kebersamaan kepada kontijen yang berarak.
Sambutan kali ini disertai oleh pelbagai jabatan kerajaan, agensi serta institusi pendidikan, sekali gus mewarnai Dataran Klebang dengan suasana penuh semangat kecintaan terhadap tanah air.