AYER KEROH, 9 Jun 2025 – PLANMalaysia Melaka hari ini telah mengurussetiakan Mesyuarat Cadangan Penambahbaikan dan Semakan Manual Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) Edisi Kedua Pindaan Negeri Melaka Tahun 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Anis binti Ali Hasan, Timbalan Pengarah Tanah Galian (Pembangunan), PTG Melaka, YBrs. TPr Zamirzan bin Puji, Pengarah Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) PLANMalaysia dan wakil dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Mesyuarat ini bertujuan meneliti dan mencadangkan penambahbaikan terhadap dokumen LCP agar terus relevan, efektif dan mematuhi kehendak semua pihak berkepentingan. Antara fokus utama adalah pemantapan kandungan LCP sebagai dokumen rujukan standard bagi menyokong tadbir urus tanah yang lebih cekap, telus, dan selaras dengan amalan perancangan semasa