...

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA BILANGAN 1 KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN) MELAKA 2040

Ayer Keroh, 11 Mei – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bilangan 1 bagi Kajian Rancangan Struktur Negeri (RSN) Melaka 2040 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara Persekutuan, Melaka dan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Syukri bin Yahya, Timbalan Pengarah (Pembangunan) PLANMalaysia Melaka.

Turut hadir ialah YBrs. Puan Noraidah binti Abdul Rani, Pengarah Pejabat Projek Zon Selatan, YBrs. Encik Mohd Khaizal bin Maa’rip, Pengurus Projek Kajian RSN Melaka 2040 serta wakil-wakil jabatan dan agensi di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

Mesyuarat ini diadakan bagi memperakukan Laporan Awal Kajian RSN Melaka 2040 yang menjadi asas penting dalam merangka hala tuju pembangunan Negeri Melaka secara lebih mampan, berdaya tahan, inklusif dan berorientasikan kesejahteraan rakyat. Kajian ini turut dilaksanakan selaras dengan aspirasi Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang menekankan pembangunan negeri secara holistik melalui keseimbangan aspek ekonomi, sosial, alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.

Pembentangan laporan telah disampaikan oleh Ketua Perunding, YBrs. TPr Juwairiyah Ho binti Abdullah daripada Iktisas Planners Sdn. Bhd. yang merangkumi pendekatan pelaksanaan kajian, pengumpulan data, analisis semasa pembangunan negeri serta penyediaan strategi pembangunan jangka panjang Negeri Melaka sehingga tahun 2040.

Melalui penyediaan RSN Melaka 2040 ini, PLANMalaysia Melaka bersama agensi teknikal terus komited memastikan perancangan pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara strategik, menyeluruh dan responsif terhadap keperluan rakyat serta cabaran pembangunan masa hadapan demi merealisasikan Melaka yang lebih sejahtera, mampan dan berdaya saing

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy