...

PLANMALAYSIA MELAKA SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H- MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI

MELAKA, 25 Ogos — PLANMalaysia Melaka menyertai Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung pada hari ini, dengan mengangkat tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”.

Penyertaan PLANMalaysia Melaka diketuai oleh YBrs. TPr Sulaiman bin Mohammad, Pengarah PLANMalaysia Melaka, bersama seramai 40 orang warga PLANMalaysia Melaka.

Penyertaan warga PLANMalaysia Melaka dalam sambutan ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menyokong program keagamaan di peringkat negeri, di samping memperkukuh ukhuwah, semangat kebersamaan dan nilai-nilai murni dalam kalangan warga jabatan.

Sambutan Maulidur Rasul SAW menjadi wadah untuk seluruh warga menghayati sirah, keperibadian, akhlak serta kepimpinan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menjadikannya sebagai teladan dalam kehidupan serta pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Selaras dengan tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, penghayatan terhadap nilai-nilai yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW diharapkan dapat terus diterapkan dalam budaya kerja, khususnya dalam membentuk warga kerja yang berintegriti, amanah, berakhlak dan sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H ini terus menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga PLANMalaysia Melaka.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy