Kawasan tambak laut di sepanjang pantai Negeri Melaka yang tidak diwartakan di bawah mana-mana Rancangan Tempatan merupakan kawasan yang tidak terletak di bawah kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selaras dengan peruntukan Seksyen 5(2):
“…..Mana-mana kawasan di dalam negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan, Pengarah Negeri hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan.....”
Sebagaimana keputusan dan arahan Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 3/2016 pada 26 September 2016 iaitu Permohonan Kebenaran Merancang akan diproses oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka, manakala lain-lain permohonan seperti Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah, Pelan Parit dan Jalan, Sijil Pematuhan dan Penyiapan (CCC) dan lain-lain lagi akan diproses oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang bersempadanan bagi menjalankan kuasa-kuasa di bawah Akta 171 dan Akta 133