Unit Maklumat Gunatanah Negeri merupakan unit yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan data spatial dan non-spatial. GIS membawa maksud kepada Geographic Information System iaitu sistem maklumat yang berupaya untuk menyimpan, memapar, menganalisis dan memanipulasi data yang berkaitan dengan data spatial. Komponen-komponen GIS terdiri daripada 5 perkara iaitu Personel, Perisian, Perkakasan, Data dan Kaedah. Secara umumnya data GIS dibahagikan kepada spatial dan non-spatial.
Data spatial boleh dibahagikan kepada bentuk raster dan vektor.Data vektor boleh diperolehi dengan cara ukuran di lapangan atau melalui proses membangunan data peta menggunakan perisan tertentu. Juga seperti data vektor, data raster diperolehi secara terus melalui proses cerapan dilapangan seperti melalui kaedah fotoudara dan remote sensing. Data non-spatial pula terdiri daripada sumber data berbentuk jadual/atribut yang terdiri daripada pelbagai format data sama ada berbentuk cetakan (hardcopy) atau digital. Data-data mengandungi senarai maklumat seperti maklumat hartanah, penilaian, banci penduduk, pendidikan dan lain-lain. Data-data ini disimpan dan diuruskan dengan menggunakan teknologi perisian pangkalan data seperti ORACLE, SYBASE, ACCESS, MYSQL dan sebagainya. GIS berupaya untuk mengabungkan kedua-dua bentuk data spatial dan non-spatial ini untuk menghasilkan sebuah pangkalan data yang lebih baik terperinci dan mudah difahami.
Aplikasi MeLGIS (Melaka Geographic Information System) adalah merupakan satu inisiatif [email protected] bagi memastikan sistem penyampaian berkualiti yang berteraskan perancangan jangka panjang di dalam perkhidmatan perancangan Bandar. Aplikasi ini selars dengan hasrat menjayakan salah satu strategik ICT diperingkat Negeri Melaka serta orang awam boleh mengakses data geospatial dalam satu aplikasi yang sama secara atas talian (online). Satu Majlis Pelancaran MeLGIS telah diadaan pada 26/5/2016 di Hotel Novotel, Melaka sempena hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Ar. Hj. Ismail bin Hj. Othman, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar.
[email protected] juga telah melebarkan sayap kepada penggunaan UNMANNED ARIEAL VEHICLE (UAV) pesawat udara tanpa pemandu bagi menyokong keperluan Imej Resolusi Tinggi di Melaka khususnya dalam bidang pemetaan dan perancangan gunatanah oleh pihak Kerajaan Negeri. Sistem UAV boleh digunakan bukan sahaja untuk pemetaan berskala besar tetapi ia juga boleh digunakan untuk penyelidikan saintifik dan menghasilkan ketepatan yang baik. Sistem UAV mempunyai potensi besar untuk digunakan sebagai aplikasi pelbagai, pemerolehan data yang cepat, kos rendah dan menghasilkan keputusan yang tepat.
Selain itu, data dan maklumat GIS Guna Tanah Negeri Melaka juga boleh diperolehi dalam bentuk Pelan Pemetaan dan Data Digital di JPBD Melaka. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, anda bolehlah menulis surat secara rasmi kepada :-
Pengarah,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
Aras 5, Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, M.I.T.C,
75450, Ayer Keroh, Melaka
Harga Pelan Pemetaan adalah seperti berikut:
Pelan Pemetaan
|
|||
---|---|---|---|
Pelan Berwarna
|
Pelan Tidak Berwarna
|
||
Saiz Pelan
|
Harga (RM)
|
Saiz Pelan
|
Harga (RM)
|
A4
|
25.00
|
A4
|
10.00
|
A3
|
50.00
|
A3
|
25.00
|
A2
|
75.00
|
A2
|
35.00
|
A1
|
100.00
|
A1
|
50.00
|
A0
|
150.00
|
A0
|
70.00
|
Kadar Caj Data Spatial Digital adalah seperti berikut:
Kapasiti Data | Harga (RM) |
---|---|
100KB pertama dan ke bawah
|
50.00
|
101KB - 300KB seterusnya
|
100.00
|
301KB - 500KB seterusnya
|
200.00
|
501KB - 700KB seterusnya
|
300.00
|
701KB - 999KB seterusnya
|
400.00
|
1,000KB - 2,000KB seterusnya
|
500.00
|
Bagi setiap kapasiti data yang melebihi 2,001kb ke atas, kadar caj setiap 1,000kb yang berikutnya dikenakan sebanyak RM20.00 | 30.00 |
Kadar Caj Data Spatial Digital (Agensi Kerajaan):
Kadar Caj Secara Lump Sump | Harga (RM) |
---|---|
Data Peringkat Negeri
|
5,000.00
|
Data Peringkat Daerah
|
3,000.00
|
Data Peringkat PBT
|
1,000.00
|
Data Peringkat Mukim
|
1,000.00
|
Data Peringkat Lot
|
500.00
|
Jadual kadar caj bagi pengguna Aplikasi MeLGIS adalah seperti berkut :
NO. |
KATEGORI |
KADAR CAJ |
||||
PENGGUNA BISNES |
1 MONTH |
3 MONTHS |
6 MONTHS | 1 YEAR | ||
1 |
Agensi Kerajaan (Ahli Kumpulan Kerja Data Geospatial) |
PERCUMA |
||||
2 |
Agensi Kerajaan (Selain Ahli Kumpulan Kerja Data Geospatial) |
50 |
100 |
150 | 200 | |
3 |
Swasta/Lain-lain Pengguna |
200 |
300 |
400 | 500 | |
PENGGUNA AWAM |
PERCUMA |
|||||
PENGGUNA KORPORAT (KAKITANGAN JPBDM) |
PERCUMA |
Jadual Kadar Caj Data UAV
BIL. |
KAPASITI DATA |
HARGA (RM) |
||||
1 |
Data UAV minimum 200 hektar |
5,000.00 |
||||
2 |
Kadar petambahan setiap 1 hektar |
30.00 |
Jadual Kadar Caj Data (CD) Rancangan Pemajuan
BIL. |
JENIS DATA |
HARGA (RM) | |
1 |
Rancangan Struktur Negeri (RSN) |
50.00 | |
2 |
Rancangan Tempatan Daerah (RTD) |
50.00 | |
3 |
Rancangan Kawasan Khas (RKK) |
50.00 | |
4 | Kajian-kajian lain yang akan dibuat pada masa alan datang | 50.00 |
Nota : Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Marzaedah binti Mat Jin di talian 06-333 3333 samb: 5155
Muat-Turun Laporan Gunatanah Negeri Melaka :-