SEBUTHARGA PLOTTER

  1. Sebutharga adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal bumiputera yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :
     

    NO SEBUTHARGA : JPBD(M)(S)225/24

    TAJUK : PEMBEKALAN 1 UNIT PLOTTER HP DESIGNJET T1600dr 36" POSTSCRIPT UNTUK JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI MELAKA
     

  2. Pembekal yang menyertai Sebut Harga ini mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, bertaraf Bumiputera di bawah Kod Bidang 210101 / 210102 serta masih sah pendaftarannya semasa syarikat yang berjaya memulakan kerja-kerja pembekalan. Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan dokumen-dokumen sokongan lain hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen Sebut Harga.
     
  3. Dokumen sebutharga boleh didapati semasa waktu pejabat di Unit Maklumat Gunatanah Negeri (UMGN), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka, Aras 5, Wisma Negeri, Bandar MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka atau muat turun di laman web Jabatan, https://www.jpbdmelaka.gov.my mulai dari 6 SEPTEMBER 2019 (JUMAAT).
     
  4. Sebut Harga ini adalah tertakluk kepada Arahan-arahan, Syarat-Syarat Am dan Syarat-Syarat Khas yang ditetapkan. Keputusan Kerajaan adalah muktamad dan sebarang surat menyurat selepas keputusan dibuat tidak akan dilayan.
     
  5. Sebutharga ini akan ditutup pada 13 SEPTEMBER 2019 (JUMAAT). Penyebut Harga hendaklah menyerahkan Dokumen LENGKAP seperti di Senarai Semak dengan memasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas TIDAK LEWAT / PADA JAM 12.00 TENGAH HARI pada tarikh tutup. Penghantaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan
Keterangan
Kenyataan Sebutharga
Dokumen Sebutharga
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

Jaringan JPBD · Ibu Pejabat · Johor · Kedah · Kelantan · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu